Saturday, April 20, 2013

ABAYA FROM EGYPT


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Sekadar hiasan

Sudah dua minggu page ini berjalan.Alhamdulillah atas segala kesempatan yang diberikan oleh Allah terhadap aku demi memberi sedikit nafkah terhadap isteri dan anak-anak kelak i'allah.


Cuma ingin mengiklan secara ringkas tentang perniagaan kecil ini.Aku ada mengumpulkan beberapa helai abaya dan sedikit eksesori khas untuk kaum wanita di luar sana yang menginginkan kelihatan lebih ayu dan muslimah bersama koleksi TAD.

Ok.Nama store aku adalah 'The Abayas Distro' dan dalam singkatanya adalah TAD.Asas harga dalam perniagaan ini aku telah mengikut standart keewangan bagi para remaja yang masih belajar.So usah risau dengan harga yang di berikan.Seriously murah dari butik-butik lain.


Last but not least,I'allah aku akan buka store di malaysia bila ada rezeki untuk balik ke tanah air pada tahun ini.Mybe di BP Mall? mungkin juga di Alamanda,Putrajaya.(besar sekali angan-angan aku!) hehe..

ok kawan-kawan,jom cuci mata dia TAD.Sambil-sambil doakanlah perniagaan kecil ini menjadi besar dan maju ok?.Assalamualaikum! :)

Search disini TAD

Doakan kami sahabat and keep smiling

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:13 pm.Abdeen,Cairo.

Monday, December 17, 2012

MENERIMA DIA SEADANYA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Sebelum beberapa jam resepsi majlis perkahwinan aku dengan isteri,Malam itu seorang ibu saudara belah emak bersungguh-sungguh menarik aku di ruangan meja sambil memberi sedikit nasihat.

Aku tahu,segala yang di ceritakan dari seseorang,pasti dia sendiri pernah mengalami atau dia menjadi saksi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.Ibu saudaraku itu seorang yang solehah menurutku.Cukup saja melihat telatah anak-anak yang dibawah jagaanya.Pekerjaanya juga sebagai seorang ustazah lagi.

'' Dalam menjalani hidup bersama orang tidak pernah kita hidup selama 24 jam lamanya,harus ada sifat dalam diri masing-masing untuk MENERIMA DIA SEADANYA.Insya allah,dengan merasa kesyukuran atas kekurangan dan kelebihan pada pasangan,akan Allah menambahkan lagi kelebihan dari sudut yang kita tak disangka-sangka"

Moga dengan perasaan menerima dia seadanya ini.Aku berharap akan aku kenal apakah kekurangan yang aku perlu perbetulkan.

Doakan kami sahabat dan keep smiling

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:13 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.


Monday, December 10, 2012

KESEKIAN KALI


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sebagai hiasan

Bismillah.Ok dah 2 bulan aku tak menghadap laman ini.So excited kadang-kadang  bila hendak mula balik,but tak cukup tangan pula bila ingin menaip.Maklum sajalah sudah bertambang tanggung jawab.Hehe.

By the way,alhamdulillah dengan kehidupan baru yang telah aku lalui amat membuatkan aku lebih rasa sedikit kelakian berbanding zaman bujang dulu-dulu.Ya maksud aku adalah sifat yang lebih matang itu tetiba wujud dalam diri.Biasalah tu.

Ok cukuplah setakat ini dulu,walaupun macam-macam cerita dalam kepala ni mahu ditulis.Memandangkan azan subuh baru saja berkumandang,elok sangat kita bertemu di lain ruangan nanti ye? insya allah.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:25 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.

Thursday, September 13, 2012

FIGHT FOR YOUR SELF


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sebagai hiasan...


Masyallah,lamanya aku meninggalkan laman yang sentiasa jadi tempa aku melepak's dulu-dulu.Dua bulan sungguh lama.oleh kerana diri yang di sebokkan dengan perkara yang agak remeh.Maka inilah jadinya.Kawan blog pun entah ada lagi atau tidak sekarang ini.Hope everyone is fine. :)

Just nak post satu gambar aku baru saja aku lihat tadi.Dan aku setuju dengan kata-kata yang ada tertulis disitu.Adapun kita sedar apa yg di tulis itu adalah benar,namun kita seringkali lupa,dan terus lupa.Hope dengan posting ringkas ini dapat membantu aku dan kalian untuk kembali sedar atas perbuatan kita selama ini.Adakah perjalanan hidup kita ini sudah betul?tepuk dada tanya iman. 

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:26 Am.Teratak MaryamMaryani,Pontian.


Related Posts with Thumbnails