Monday, February 28, 2011

kawan lama

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Mood Postingku akan terus begini sehingga aku betul-betul sihat dari ujian yang maha kuasa.Jika disini tempat pertama titik pertemuan kami,akanku akhiri segalanya disini,namun entah bila waktu itu akan berlaku...

KAYUH PERLAHAN-LAHAN

Makin lama..makin suka pula aku dengan subjek ADOBE ni..hehe..Walaupun aku tahu hakikat seni aku agak OUT banyak,tapi aku nak try gak sampai jadi CUN..hehe...Tak kesahlah korang nak cakap aku syok sendiri ke apa ke...yang penting ni blog pribadi aku...and i've release to do anything!!!....(marah-marah la konon...nyampah mak!!)..hehe..


~Terus menerus bermain dengan warna~
~Insan yang obsesi dengan adobe pic,sila beri komentar yang be a:

1:good not goat.
2:wast not wasted.
3:smart not semak.

~selamat malam semua!!~

Laila ha illallah Muhamdarosuluallah,

11:02 pm,Abdeen House,Egypt.

kawan baru

Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh,

para temanku sekalian,

SILENT PROLOG


...sometimes....tak semua JIWA boleh menemani kita SELALU...keep smiling bro!!...

~jogging pic~
~kononya mahu kekalkan 6 pack la~
~bedal saja la labu~


10:52 am,abdeen house,Egypt.

laila ha ill allah muhamdarosuluallah

Thursday, February 24, 2011

Percutian kami-kami

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

sekian lama aku tak menghapdet blog gurlish aku ni,tetiba terasa kesian kat kawan-kawan aku yang lain,asyik menunggu episod baru dalam hidup aku (perasan habes)..kali ni,aku tak mahu nak ulas panjang-panjang,sebab mood sedih dan malas masih melanda di jiwa (gelinyer aih).so,korang layan jelah ye apa yang aku nak paparkan ni..(bajet bagus je)..hehe...

Untuk pengetahuan umum,gambar-gambar semua ini adalah sebahagian dari pengalaman yang kami lalu selama 3 hari 2 malam di beach damieta resort..(ye ye o je)..

HARI PERTAMA

Dua buah AVANZA yang di kerahkan

Baru sampai ke distinasi-10pm kot-

Santapan pertama para tetamu (hadralmaut damieta)

Tanda kononyer sedap la tuh..hehe.

Sampai sudah tempat penginapan kami (wajahku yang manyak ketat,but still melayan hati juru kamera)..hehe

Bang driver pada awalnya tampak keletihan+kegantukan,namun bila dapat perkhidmatan internet terus tak jadi nak tidur. (ym ngan awek la tuh)..hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
HARI KEDUA

Subhanallah...segar dan indahnya pagi ini,maklumlah rumah di depan pantai.(syok habes)



Ha ni budak kecit still nk sebok je masa aku nk layan blues sensorang pepagi ni (ke dia ada blues dia tersendiri ni)..hehe



Still buat muka tak bersalah!!..sapa ntah ajar dia buat peace..haiss...budak-budak..hehe..


Meeting ringkas untuk perjalanan seterusnya (aku tak dibenarkan join sekali,sbb banyak ketawa dari pandangan bernas)..hehe..Serapan roti dan coklat suda


Pandangan umah tumpangan dari bawah,sebelah mesjid je beb. (tak pegi pun subuh tu)..tak larat..tapi subuh on tyme ea..hehe..(takut korang fikir bukan-bukan)...hehe..


Standby nak gerak ke Port Said,cari barang duty free disana.Murah gile!!



Over la plak kawan...hehe..btw..suami isteri tu adalah pegawai pelajar kedutaan malaysia kaherah.


Cantik dan bersih kebun ni.Mak aku tgk ni mesti dia cemburu..hehe...(sory mak).



Sifu topect dengan wajahnya yang slumber badak!!

------------------------------------------------------------------------------------------------

HARI KETIGA

Berpindah tempat tidur-Alhamdulilah dapat izin untuk menetap semalam di markaz DPMD (Dewan Perwakilah Mahasiswa Dumyat)-tingkat satu-...pagi ini rancangan kami adalah ingin memburu kerang!!...


Setibanya di persisiran pantai


Sempat lagi si topect main silap mata denga budak kecit ni..hehe..so funny topect!!


Ayuh sapa dapat banyak dia menang!!..hehe..kutip sakan diorang ni..



Haaaaa...tu dia....korang taw dia buat aksi apa?..aksi apa lagi klw bukan aksi''WERKKK"..hehe...




Aku yang tak dan nk kutip kerang,just mengopek jelah jawabnya...sejuk gila tyme kutip tu...diorang tak kesah la..kulit buaya..hehe..(jgn mara)..btw...bajet hensem la tu paki spek waktu-waktu camni...(nonsense!!)hehe...


Seorang peminat ingin ambil tanda tangan dari kami(baju warna merah)..haha...namanya ibrahim,14 tahun,hafiz quraan 30 juzuk...haaa...ada brannn tak??hehe..



Last pic for sweetsour memory

sory ye kawan-kawan....malas nak ulas sangat pasal percutian aku dan kawan-kawan manja aku ni...terima kasih sudi layan sampai bawah ni ha...habes semua gambar aku tunjuk.tapi gambar yang ganteng-ganteng kene simpan...hak hak hak.....BTW..keep ur sweet smile ok....semoga bertemu lagi dengan posting terbaru...

Laila ha illalah Muhamadarosuluallah...

1045pm,Abdeen House,Egypt.

Sunday, February 20, 2011

Haramkah

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Mood terkini..(maaf jika hati penulis blog ini amat keterlaluan)...aku hanya manusia biasa,perasaan yang sangat mudah terasa,hanya ada iman senipis kulit bawang yang buatku terus kembali kepada yang maha esa...

hope enjoy....




HARAMKAH?

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta....

La ila ha illallah Muhamdarosuluallah,

0806 am,Abdeen House,Egypt

Tuesday, February 15, 2011

Sayangnya baginda terhadap kita!!!

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

SALAM MAULIDURASUL YANG KE 1432 HIJRAH



~Cubalah hayati setiap apa yang di ceritakan ini~

Laila ha illallah Muhamadarosuluallah,
1:09 pm,Abdeen House,Egypt.

Wednesday, February 9, 2011

Menangis lagi

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian..

LAGI PERIHALNYA

Habib al alamah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibnu Syeikh abi Bakar bin Salim HafizahuAllah Taala...



Obsesi dengan rentak qasida ini!!!...


PENGAJARAN

*Setiap amalan ibadat akan menjadi teman ketika di akhirat kelak*

*Nasihatilah diri dan seluruh ahli keluarga,agar selalu menjaga akhlak-akhlak islam*

*Prihatin dengan serangan halus oleh musuh-musuh islam*

MOOD 1 DAN 2

Hati mana tidak tersentuh bila melihat sauadara-saudara islam sedang khusyuk mendengar kata-kata nasihat lalu mengalirkan air matanya dengan deras.''Sesungguhnya air mata yang menanggis kerana takutkan azab allah,Dapat menyelematkan diri dari pedihnya azab siksaan Allah .S.W.T".Tetiba teringat pesan tok guruku ketika di madrasah al-attas,Beliau berkata ''Paksakan diri untuk menitiskan air mata,walaupun yang terkeluar hanyalah setitik''..Namun berat sungguh untuk mengeluarkanya.Ya Allah...Ya Tuhanku...Lembutkanlah hati kami ya Allah!!!..Sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui rahsia-rahsia disebalik hati kami...

Lagi 5 minit genap sudah 28 hari atteya mendiamkan diri dari aku dan rakan-rakan lain.Tidak tahu lagi bagaimana cara untuk aku mengetahui keadaan sebenar tentang dirinya waktu ini,Jika benar dia masih koma,Mohon cepatkanlah baginya sedar ya Allah.Kasihanilah dia ya Allah!!.Pesanan untuk mumtaz @ sahabat paling akrab denganya,Please try call PA her father....

La ila ha illallah muhamadarosuluallah

10:55 pm,Abdeen House,Egypt.

Dedicated To Habib Omar

Assalamualaikum warahmatuallhi wabarakatuh,

Para temanku sekalian..



EMOSIANAL

Sebuah halwa telinga yang membuatku tenang untuk seketika...

Di samping senikata yang terus menerus memuji baginda Nabi Muhammad Sollallhu Alaihi Wassalam,

Di pertontonkan kelibat seorang ulama'....
yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam medan dakwahnya di muka bumi ini.

Sesungguhnya Dia berfirman:" إِنَّماَ يَخْشَى اللهَ مِنْ عِباَدِهِ الْعُلَمآءُ " (Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama).

Kata ulama':"5 pekara yang apabila kita lihat,kita akan mendapat pahala:Ka'bah,Al-quraan,Ulama',Ibu-Bapa,dan Laut."

La ila ha illallah Muhamdarosuluallah..

5:34 pm,Abdeen House,Egypt.

Tuesday, February 8, 2011

R5:Gagak putih di mesir

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

Seronok betul perasaan ini bila dapat keluar umah setelah sekian hari membatukan diri di dalam rumah.Bagai tiada beza di antara siang dan malam.Apa yang terasa adalah,perut yang semakin membesar je (hehe)..

MENERIMA BANTUAN MAKANAN

Sungguh tak disangka-sangka,kami serumah telah mendapatbantuan makanan seperti:beras,sernding daging,biskut marie,milo packet,nescafe packet,nestum packet,dan magie cup dari pihak atasan yang dibekalkan oleh kerajaan malaysia.Setahu saya,bantuan makanan ini adalah untuk pelajar-pelajar disini,namun kebanyakkan pelajar-pelajar sudah berada di negara jiran,jeddah.Adakah pihak kerajaan ada membekalkan bantuan makanan lain untuk mereka-mereka di jeddah sana,Sedangkan banyak gile bantuan makanan kat sini.Apa-apa pun kami beryukur sangat-sangat atas bantuan yang diberikan,Alhamdulilah.Terima kasih PM.

-sebahagian bentuk makanan-


TERUJA DENGAN SESUATU

Dalam perjalan diantara rumah saya ke rumah malasyia abbasiah (ARMA),Sempat saya melalui depan kawasan imegeresen cawangan bu'ut,dan saya dapati pejabat keraajan ini telah mula berjalan seperti biasa.Dalam hati saya terdetik sesuatu "waaa sabtu ni mesti student malaysia tak ramai,boleh la aku dapatkan cop visa tanpa beratur berjam-jam lamanya" hehe...Serius saya katakan,jika di hari-hari sebelum ini..masya allah...seawal 6 pagi sahaja saya harus berada di sana bagi memastikan saya akan mendapat cop visa menjelang pukul 10 pagi nanti..bayangkanlah..berapa lama yang saya perlukan untuk mendapatkan cop visa itu...kremm kaki aku beb!!!! (cerita atas dasar pengalaman)

SEPERTI GAGAK PUTIH

Selepas mengambil barang bantuan,saya dan seorang lagi rakan ingin mengeluarkan duit di HSBC 'abas aqad' (sebuah tempat dimana kebanyakan pelajar-pelajar malaysia keluarkan duit).Setelah itu,Hajat di hati ingin makan di city star,tapi boleh pulak shopping complex yang paling terbesar di cairo ini ditutup...so annoying sangat-sangat..(bapa milion dolar dah mereka kerugian agaknya)Cuba mengganti rancangan dengan menuju ke arah salah satu restoran fast food fast die iaitu KFC....aiseyymen...kfc lagi.....macam dah takda tempat lain yang lagi best je.Kemudian,sanggup tak order air semata-mata nak minum kopi di costa cafe...haish hantu kopi betul kawan aku sorang ni...Giant` la tuh.

-Salah sebuah kawasan pintu masuk dikawal oleh pihak tentera perisik-


-terima kasih ya muhamak!!-

Dalam perjalanan ingin pulang ke abdeen,sempat saya pusing-pusing ke kawasan hayyu sabik dan sekitarya,Masya allah...susahnya mahu jumpa kelibat pelajar melayu,kalau ada melayu pun melayu dari singapura...subhanallah...susahnya seperti mencari gagak berwarna putih sahaja di muka bumi ini..(hehe).Saya tahu,Gagak putih semua itu ada dimana...hehe....teettttt....

La illa ha illa allah muhamdarosuluallah,

06:01 am,
Abdeen house,
Egypt.

Sunday, February 6, 2011

R4:Semakin reda

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Para temanku sekalian,

PROLOG

Genap 3 hari sudah,aku tidak keluar dari rumah semata-mata kurang selesa dengan tahap keselamatan dan keamanan di luar sana,walaupun perintah berkurung sudah ditetapkan bermula dari waktu sekian ke waktu sekian.Alhamdulilah perasaan boring tu sukar untuk dirasa.Barangkali dengan adanya perkhidmatan internet,perkhidmatan talifon mudah alih,perkhidmatan saluran tv yang banyak,dan perkhidmatan lawak jenaka dari kawan-kawan yang membuatkan hari ini seperti hari-hari biasa sahaja (hehehe).

-Dari kiri sekali adalah musuh ceq SELSEMA,ceq DEMAM,ceq BATUK- =)


Selama 3 hari ini juga,tahap kesihatan aku semakin pulih alhamdulilah.Namun hanya batuk kung-kang saja yang masih steady bersamaku...Ya Allah...sakitnyer dada ini bila ber'kung-kang kung-kang'..Sorang kawan ni dah bising-bising dah suh aku pegi klinik.Alahai..malasnya hai (hehe).

KAWASAN RUSUHAN

Keadaan di tempat rusuhan semakin reda,dan tadi aku terlihat di kaca tv,Ada sekelompok orang ramai sedang membersihkan jalan raya dengan mengunakan tangkai tua buah kurma,yang mana kawasan disitu telah di hujani dengan batu-batu kecil dan juga seakan-akan batu krikil.Pihak Al-Azhar juga telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk pulang dari menyertai rusuhan itu,kerana Al-Azhar telah menyatakan haram hukumnya menganggu ketenteraman awam!!.Maka disini,aku dapat melihat...berbagai-bagai pihak mencuba untuk menamatkan hari rusuhan di Mesir..

PUJUKAN TELAH DI LAKUKAN

Pagi ini,sekitar di bawah rumahku telah dipenuhi dengan orang-orang awam mesir,aku tidak mengetahui apa yang berlaku di bawah sana,apa yang dapat aku lihat,Mereka seolah-olah menandatangani sesuatu di atas kertas yang mereka miliki.Tidak lama kemudian,3 orang teman aku telah keluar untuk mencari barang dapur.Setelah mereka pulang ke rumah sahaja,Mereka telah membawa jawapan terhadap pengumpulan beramai-ramai di bawah aku pagi tadi...Rupa-rupanya pihak kerajaan Mesir cuba memujuk perusuh-perusuh agar tidak membuat rusuhan lagi dengan jaminan SUBSIDI yang berbagai-bagai bentuk,Contonhya:Sebuah rumah ekonomi,Dan segala makana asasi.(semoga jadi kenyataan....kesian jika tidak ditunaikan)

-Betul-betul dibawah rumah aku-



-Bangunan di dalam tembok itu ada salah satu Majlis Daerah di Mesir-


SAYANGKAN AL-AZHAR

Bagi aku dan teman-teman lain hanya berharap agar Negara Mesir cepat reda dan aman dari segala jenayah,kerana misi kami semua masih belum tertunai."Ya Allah Ya Tuhan kami,Sesunguhnya kepadamu sahaja untuk kami berharap agar dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di Ardu kinanah ini"."Kami sayangkan Al-Azhar kami!!!"


-Gambar Al-Azhar dari atas@The latest pitcure-

Lailla ha ill allah...muhamadarasuluallah
12:15 am,
abdeen house,egypt.




Mood:Allahuma yasfi marodhoha!!!

Saturday, February 5, 2011

R3:Aku cuba bertahan disini

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

para temanku sekalian,

SEKITAR HARI INI


5 januari adalah hari ke sebelas mimpi ngeri buat tuanku mubarak dari rakyatnya sendiri,perintah berkurung dijalankan seperti biasa dari pukul 5 petang hingga ke 8 pagi keesokanharinya..5 januari juga adalah hari kesebokan bagi mahasiswa-siwa malaysia untuk berpindah sementara dari mesir ke jeddah sebelum terus dihantar ke tanah air tercinta,Malaysia.Jika tidak silap,hari ini juga telah berlakunya kebakaran yang sangat dasyat di planta simpanan gas terbesar di Arisy,Mesir.Menurut berita lagi,terbakarnya disebabkan kebocoran di saluran gas yang menghala ke negara israel.


SEBAB-SEBAB CUBA BERTAHAN

Keadaan aku disini seperti biasa..bekalan makanan masih mantain malah lagi speceal dari hari-hari biasa,bekalan wang poket pun alhamdulilah,masih tak banyak bernganjak ke angka 3 digit,namun tahap keselamatan masih berjaga-jaga kerana di luar sana penuh dengan askar-askar yang sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan dan orang awam yang berlalu-lalang ketika perintah berkurung..


Pihak Al-Azhar telah mengumumkan berita tentang pengajian fasa kedua akan bermula seperti biasa lagi dua minggu akan datang,Malah perdana menteri baru Mesir,Ahmad syafiq yang menggantikan Dr.Ahmad Nazif turut menjanjikan sesuatu untuk mencuba sedaya upaya bagi jumaat akan datang11 febuari,'MUZOHARAT' atau 'RUSUHAN' akan kami redakan dengan cara ''turun padang''..Berita di ambil dari saluran telivesyen al arabiah.

PERIBADI

Alhamdulilah,hari ini tahap kesihatanku semakin pulih,yang selama 4 hari lepas aku mengalami ketidak sedapan badan atau dikenali sebagai demam ngada-ngada menurutku (sesuka je buat andaian sendiri)hehehe..mana taknya...sekali demam ngada-ngada ni datang,dia bawa dengan geng seperjuangan mereka sekali untuk menguji ketahanan mentalku....itulah dia,batuk kungkang-kungkang,selesema slurp-slurp,pening kepala kepialu..hehehe...anyway now everthing getting healthy i'allah..

Di rumah johor abdeen ini aku tidak berseorangan,malah bersama rakan-rakan lain yang terdiri dari seorang mahasiswa master cairo universiti,2 orang mahasiswa al-azhar, dan 3 orang housmate termasuk aku sendiri dari al-azhar juga.

SUKA DUKA TEMAN-TEMAN

Ada salah seorang temanku yang sudah selamat sampai di rumah penginapan sementara yang dikenali sebagai kediaman jemaah haji ketika musim haji menjelma di jeddah,Katanya di dalam facebook "Alhamdullilah..setelah menunggu 7 jam di Cairo Airport...3 jam di dlm Airforce TUDM CHARLIE 2..10 jam di Jeddah Airport...akhirnya kami telah selamat di tempatkan di kompleks tabung haji...menunggu utk arahan seterusnya...pengalaman yg sgt berharga dllm hidup!"..lantas aku menge'like'kan status dia..tanda senang dengan keadaanya disana bersama rakan-rakan lain.Walaupun memerlukan waktu yang lama,kalian sungguh tabah dengan kesengsaraan yang berlaku..hehehe..

Dalam waktu yang sama tapi kisah yang berbeza..aku masih risau tentang kesihatan seorang teman mayaku yang sangat akrab bila berbicara di board YM (yahoo messenger).Dia itulah seorang yang aku pernah ceritakan pada kalian di post-post lepas.Dia masih lagi koma.Beliau seorang yang telah mendapat cahaya hidayah dari Allah S.W.T melalui mimpinya ketika tidur...subhanallah!!!.Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang teristimewa,kerana di pilih untuk berubah kepada lebih baik dan lebih suci berbanding dengan hamba-hamba lain yang masih terlena dengan kepuasan nafsu yang tiada penghujungya...allah allah...Terus terang aku katakan..aku sendiri yang belajar di Al-Azhar pun terkesan dengan perubahannya.moga dia dalam keadaan tenang dengan alat bantuan nyawa..."teya...i need say something to u..every day i will pray for u"..Friend forever...

Akhir kata disini,doakan kami semua selamat ya...aku juga akan mendoakan kalian semoga selamat walau dimana jua kalian berada.amen.

la illa ha illallah muhamdarosuluallah

11:08pm,abdeen house,egypt.

Friday, February 4, 2011

R2:Minggu Muzoharat

Kebiasaanya selepas selesai sahaja fatrah imtihan,siswa siswi akan merancang sesuatu yang bermakna dalam masa cuti selepas imtihan,namun segalanya jadi musnah gara-gara apa yang telah berlaku pada 25 januari hingga ke hari ini 4 febuari...sudah 9 hari aku dan kawan dalam keadaan ketakutan dek rusuhan seluruh warga arab mesir terhadap kepimpinan kerajaan mereka..

Apa yang mereka mahu adalah..ingin tuanku husni mubarak turun dari tahtanya,yang telah di duduki selama 30 tahun lamanya.."CUKUPLAH SUDAH SELAMA 30 TAHUN KAU MEMERINTAH KAMI!!APA LAGI YANG KAU MAHU??".Ini adalah salah satu luahan dari jutaan perusuh arab mesir yang aku dengar dan lihat di telivesyen pada hari pertama rusuhan berlaku.

Pada hari kedua 29 januari pula,aku bersama salah seorang rakan rapat sejak di bangku sekolah menengah al-attast lagi telah menuju ke iskandariah untuk mengikuti rombongan sambil belajar ke semenanjung sinai.Dalam kotak fikiranku,rusuhan semalam mungkin biasa-biasa sahaja,tapi rupanya tidak.Setelah 2 jam perjalanan dari kota kaherah menuju ke iskandariah dengan menaiki keretapi,lagi dua jam lagi kami akan sampai ke destinasi,kami di dikejutkan dengan perintah oleh askar-askar arab mesir untuk perjalanan keretapi menuju ke iskandariah di batalkan..ya allah!!! aku mula panik..dalam masa itu juga aku dapat melihat pelbagai keadaan manusia di dalam kabin keretapi,ada yang menangis-nagis...ada yang menjerit-jerit minta bantuan..ada yang terdiam sambil mulutnyer terkumat-kamit seperti berdoa kepada tuhan...dan macam-macam lagi...

Dalam 1 jam setegah kami semua di hentikan,syukur alhamdulilah..kami diizinkan kembali untuk meneruskan perjalanan ke iskandariah...setiba sahaja disana..kami disambut oleh beberapa rakan baik dan 2 orang arab mesir juga sebagai guard bangunan MARA di Iskandariah..dalam perjalanan ke bangunan mara,apa yang aku dapati..hampir kesemua orang arab mesir berpegang kayu semata-mata untuk menjaga keamanan orang awam di sekeliling,kerana pada masa ini...seluruh banduan di mesir telah terlepas,maka dengan itu semua orang harus berhati-hati dengan mereka..Lagi balai polis habis musnah terbakar..pondok-pondok polis habis di pecahkan...kereta dan lori polis usah dicakap...semua terbakar...dasyat sungguh kejadian ini...




Bermula 29 januari hingga 2 febuari aku terpaksa menginap di bangunan MARA dan rumah kawan baik aku yang telah berkahwen disana..rombongan yang bermula 30 januari itu telah dibatalkan atas faktor keselamatan yang tidak menentu...dalam waktu ini...kami semua diperintahkan untuk berkurung di rumah masing-masing dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokanya..makanya kami hanya boleh keluar selepas jam 8 pagi...masa inilah kami manfaatkan betul-betul untuk membeli keperluan dapur,barang mandi,kad topap dan lain-lain yang penting untuk di gunakan...Itulah rutin kami setiap hari hingga ke harini..







Semalam 3 febuari,aku dan rakan-rakan lain..telah pulang ke kota kaherah,dengan alasan lebih mudah berlepas ke jeddah dari tempat sendiri berbanding tempat orang,kerana ada beberapa barang lain yang mugkin kami terlepas pandang untuk diselamatkan sebelum bertolak ke jeddah i'allah,Dan semalam juga,Dua buah bas telah membawa sebilangan pelajar-pelajar untuk trip pertama berlepas ke jeddah...semoga semuanya aman disana..3 febuari juga adalah tarikh yang bermakna buat ibu dan ayahku di kampung,kerana mereka berdua dapat mendengar suara serak basah aku di corong talipon mereka.Tak bosan-bosan asyik mengulangi ayat "ALHAMDULILLAH SYUKUR KO SELAMAT"(hehe).Sebelum mengakhiri perbualan yang hampir 1 jam lebih,mereka memberi nasihat dan terus mendoakan aku moga selamat senantiasa.

Hari ini 4 febuari,aku masih di rumah abdeen yang hampir betul dengan tempat rusuhan di kaherah.keadaan di luar semacam tenang,mungkin berkat hari jumaat untuk hari ini...pasar-pasar sayur,ikan ,dan ayam masih berjalan seperti biasa..cuma kedai-kedai lain masih tertutup rapi.itu pasal la aku cari kedai topap tak jumpa-jumpa...=)..sebelum terlepas pandang,kalau jumaat lepas orang mesir mengelarkan hari itu adalah hari kemarahan dan jumaat hari ini telah di gelar adalah hari penghalauan untuk tuanku husni mubarak,aku pasti hari ini ada pekara lagi dasyat yang bakal berlaku..cukup la untuk hari-hari sebelum ini yang telah mengkorbankan 38 nyawa dan 1033 yang tercedera.Makanya perinta berkurung pada hari ini kami diberitahu bermula selepas selesai solat jumaat hingga pukul 8 pagi keesokan hari.

akhir penulisan untuk waktu ini,saya mohon kalian mendoakan kami semua selamat dari pekara yang tidak diingini berlaku.

la illa ha ill allah muhamdarosuluallah
abdeen house,egypt
11:17 am

Wednesday, February 2, 2011

R1:Don't worry ya...

kehadapan seluruh orang yang ku sayangi dan ku ingati selalu terutamanya kepada ibu ayah,akak abang.dan sahabat handai yang berada di Malaysia dan di mana jua anda berada..harap kalian semua dalam keadaan sehat walafiat dan aman damai...

Keadaan diriku disini baik-baik sahaja..cuma apa yg diharapkan adalah doa yang tulus dan terus menerus untuk diriku yang lemah ini..

Bermula esok, 3 januari penerbangan pertama akan berlepas dari Mesir ke Jeddah..Penerbangan akan di buat sebanyak 3 kali untuk setiap 3 hari bermula esok insyaallah..

Cukuplah berita ringkas untuk permulaan peristiwa di Mesir pada waktu ini..mudah-mudahan dengan izin allah akanku titipkan lagi berita seterusnya..

syukran lakum.

laila ha ill allah muhamdarosuluallah
10:31 pm,Mara building,Alexandria,Egypt.


Related Posts with Thumbnails