Friday, January 21, 2011

Getaran ukhwah


Dalama kesibukan mahasiswa malaysia menempuhi peperiksaan di mesir,tidak kira dari kos pengajian islam mahu pun kos perubatan,masing-masing dikejutkan dengan berita tergempar pabila seorang mahasiswi dari kos perubatan iskandariah yang juga anak tambatan kelahiran negeri kelantan darul naim telah meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati untuk pihak ramai..

Tarikh kejadian adalah 17 januari lepas...sudah 4 hari jenazahnya di kebumikan,aku yang tak pernah kenal mungkin sahaja merasa biasa-biasa,namun setelah membaca luahan seorang temanya menulis tentang hari-hari terakhirnya dan keperibadianya,lantas aku merasa getaran ukhwah bersama beliau, beliau ini seorang yang kuat berusaha untuk berjaya demi merealisasikan harapan bonda dan ayahdanya dan kuat pula beribadah pada sang pencipta...

Betul lah kata pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta!!".khas untuk adik nurul iman bt ab alim..semoga kau ditempatkan di golongan-golongan yang allah cintai. "allahumagfirlaha warhamha ,wa afihihi wa'fu anha"al-fatihah....

Di sinilah kutemui getaran ukhwah itu [link]

2 comments:

Izzati Hashim said...

amin. amin. amin.

amin atas doa itu (=

abb alhaiqal said...

syukran izzati...
=)

Related Posts with Thumbnails