Saturday, July 31, 2010

Pesanan ringkas yang kuterima

Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat.. .Nik Abdul Aziz Nik Mat


kata ilmuan arab "lihat apa yang dikatakan,bukan pada orang yang berkata''.kita berhak untuk mengambil tunas-tunas yang murni yang terkeluar dari mulut sesiapa sahaja hatta dia seorang tukang sapu sampah.

Thursday, July 15, 2010

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu

BAGAIMANA PULA DENGAN KEGAGAHAN LELAKI?

Wednesday, July 14, 2010

Tiada suka dan duka melainkan sunyi tanpa berita

Hari-hari yang aku alami kini kian muram dan sebok..mana tidaknya..kawan-kawan manja semua tiada di sisi...tapi ada cc...sbb on line selalu..hoho..ada yang pulang ke Malaysia la..ada yang ke UK la..erm..bila plak giliran aku nk tinggalkan korang..asyik korang je tinggalkan aku..hohoho.."tak mengapa toy..ko punya masa akan tiba nanti..bersabar jelah"....mak aku dah bagi balik dah..bapak aku pon ok je..but..ada satu masalah lain..sbb aku ada program lain untuk akhir bulan ni..moga jadi kenyataan la gamakmya..x sabar nk menunggu..but.adakah aku sudah sedia untuk semua itu..robbuna mustaan..

Penuh dengan tugasan yang diberikan..aku telah di taklifkan sebagai adhoc sukan untuk the second annual festival of bkpjm...pergh terkejut aku dibuantnye..tak pernah-pernah aku jadi ajk.tetiba jadi ketua plak...suatu cabaran buat aku yang telah berada dimesir selama 3 tahun..apa yang aku ada..pengalaman???hampeh...lost...stuck habis aku dibuatnyer..huhu

Sekian lama tak menulis..ayat pon dah macam hapahapantah...mohon maaf sgt2...klw x reti nak baca..

Keputusan exam x lama lagi nk keluar...apakah aku sudah sedia untuk menerima sebarang kemungkinan...ya allah...

Sebelum terlupa..aku nk ucapakn tahniah kepada kawan2 yg telah berjaya menjadi seorang ayah dan ibu..em ehem2..nk nyanyi sikit la eh..hehe..music please "lalala...barakallahu lakuma wa baraka alaikuma ..wa jama'a baina kuma fo khoir..lalala"..khas untuk abul&pearl pada hari israk mikraj dimesir dan wan&maryam pada hari yang sama..cuma berlangsung di malaysia...sejuk aku tgk korang dah kawen..huhu...

Sunday, July 4, 2010

jom kita kesan kenapa otak kita rasa lembap je...he3

10 tabiat yg menyebabkan kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental
otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak
yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan
kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak
dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.
Related Posts with Thumbnails